TUJUAN
MENGENAI KAMI

Tujuan Kesatuan ini ialah untuk

1. Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3 (1) sebagai anggota Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

2. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksakan perhubungan perusahaan yang baik dan harmoni, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi angota-anggotanya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

3. Mengatur perhubungan di antara anggota dengan anggota atau diantara anggota-anggota dengan pekerja-pekerja lain, diantara anggota dengan Kesatuan atau diantara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara mereka itu dengan cara aan dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut Peraturan 26 atau Peraturan 27

4. Memajukan kebajikan anggota-anggota Kesatuan dari segi social, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang

5. Memberi bantuan guaman kepada anggota-anggota berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja

6. Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis JawatanKuasa Kerja

7. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah anggota-anggota Kesatuan Khasnya dan para pekerja amnya

8. Mengendali urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, bulletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk kepentingan anggota-anggota Kesatuan jika dipersetujui oleh Majlis JawatanKuasa Kerja

9. Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan-peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung

10. Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan Sekerja yang sah di sisi undang-undang

 

Tujuan yang dinyatakan di bawah Peraturan 2 (1) hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan undang-undang bertulis yang lain yang ada kaitan.